KUALA LUMPUR: Pelari jarak jauh Muhammad Ikbolasen Md Kamal Hussain menghadiahkan emas pertama buat kontinjen Pahang pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 selepas mengungguli acara 10,000 meter (m) lelaki di Stadium Nasional di Bukit Jalil, hari ini.
Namun, hasrat atlet berusia 20 tahun dari Cameron Highlands, Pahang itu yang membuat penampilan sulung pada Sukma kali ini untuk melakar pencapaian bergaya tidak kesampaian apabila catatan 31 minit 11.62 saat (s) tidak diiktiraf sebagai rekod baharu kejohanan.
Menurut Ketua Delegat Teknikal Olahraga Sukma V. Govindasamy, perkara itu disebabkan ketetapan yang dibuat Majlis Sukan Negara (MSN) untuk tidak mengiktiraf sebarang catatan sebagai rekod baharu memandangkan had umur edisi kali ini dilanjutkan hingga 23 tahun.
"Semua sukan (dipertandingkan) mereka tidak diiktiraf rekod untuk acara, ini keputusan induk (MSN). Mengikut arahan yang kita terima semua rekod tidak diiktiraf.
"Ini disebabkan edisi sebelumnya di Johor tak dijalankan, jadi atlet (berumur bawah 21 tahun) yang telah didaftarkan dulu kita bagi peluang bertanding kali ini di bawah 23 tahun sementara bagi pendaftaran baharu semua bawah 21 tahun," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, Muhammad Ikbolasen mengakui beliau hanya memikirkan tentang memperbaharui rekod kejohanan sepanjang lariannya.
Meskipun kecewa catatannya tidak diiktiraf, beliau tetap gembira dapat membantu Pahang meraih emas sulung selain kejayaan itu turut membakar semangatnya yang akan turun beraksi dalam 3,000m lari berhalangan dan 5,000m masing-masing pada esok dan Sabtu.
"Saya gembira sangat kerana telah diletakkan harapan besar untuk menang emas dan pecah rekod, jadi dalam fikiran saya hanya fokus pecah rekod saja. Tapi bila masa tak diiktiraf saya sedikit kecewa, namun saya tidak akan mengalah dan akan terus berusaha," katanya.
Dalam pada itu, jurulatihnya P. Subramaniam berkata Muhammad Ikbolasen adalah seorang atlet yang berdedikasi.
"Komitmen dia sangat tinggi, sampaikan selepas habis sesi latihan dia datang kepada saya dan cakap dia nak berlatih lagi sebab tak puas," katanya.
Pingat perak acara 10,000m lelaki diraih atlet Selangor S. Dinesh Varma dengan catatan masa 33:33.69s manakala gangsa milik B. Ruveshwaran dari Pulau Pinang dengan merakam 34:13.07s.
Rekod Sukma 10,000m lelaki berusia 26 tahun 31:47.95s dipegang A. Munusamy yang dicipta pada edisi Pahang 1996.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022
Muhammad Ikbolasen selepas menamatkan larian dalam acara 10000m lelaki akhir pada Sukma di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. --fotoBERNAMA
Masters Malaysia: Tang Jie-Ee Wei teruskan kemaraan ke separuh akhir
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, cemerlang menewaskan lawan pasukan senegara Tan kian Meng-Lai Pei Jing, 21-19,21-14 untuk menempah slot awal ke pusingan separuh akhir Masters Malaysia.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Lima ahli keluarga suspek ditahan bawah SOSMA
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA pada Jumaat.
Pantau Belanjawan: Unlocking Malaysia's green potential, energy diversity journey
Group CEO and Co-Founder, Plus Xnergy, Ko Chuan Zhen brings forward the discussion on Malaysia's renewable energy landscape to provide a comprehensive understanding of current trends, challenges, and future directions necessary for achieving the country's energy and environmental goals.
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.13 mata kepada 1,621.05 daripada paras penutup 1,629.18 pada Khamis.
Niaga SPOTLIGHT: Human capital - Economic migration & brain drain
Ibu tunggang motosikal bersama dua anak diragut
Suspek yang juga bermotosikal meragut gelang tangan wanita berkenaan sebelum melarikan diri, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Keluarga Maradona halang lelongan Bola Emas
Trofi yang diberikan kepada pemain terbaik kejohanan itu telah hilang selama beberapa dekad sebelum ditemui oleh peniaga barangan antik.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.7150/7190 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7020/7055 pada Khamis.
Lelaki kerugian RM12,000 angkara 'Love Scam'
Mangsa berkenalan dengan suspek yang mengaku dirinya sebagai 'perempuan' melalui aplikasi cari jodoh, Tinder.
Kemunculan kenderaan perisai Tarantula, Rentaka jadi tumpuan ramai pada Malaysia Autoshow 2024
Penyertaan kali pertama Mildef memberi peluang kepada peminat automotif mendekati kenderaan perisai yang dibangunkan syarikat tempatan itu.
Muhammad Ikbolasen gembira dalam duka
Hasrat melakar pencapaian bergaya tidak kesampaian apabila catatan 31 minit 11.62 saat tidak diiktiraf sebagai rekod baharu kejohanan.